"Just a Shopaholic with a passion for nature, wildlife, books, sports, crafts, cooking, good food and gadgets. A Loyal Friend"

Friday, June 3, 2011

Cara Membasuh Cloth Diaper (CD)

Saya sebenarnya takde pengalaman lagi nak cuci CD yang telah digunakan oleh baby. Saya cuma ada pengalaman cuci CD yang baru dibeli. tapi saya nak share juga kat sini macam mana cara nak basuh CD.

Mula-mula kena buat prewash sekurang-kurangnya 3 kali tanpa menggunakan sabun. Lepas wat prewash ni, kena test gak samada CDtu dah menyerap ker belum. Caranyer dengan memasukkan insert dia ke dalam pocket CD and then tuang air atas CD tu dan perhatikan samada air menyerap atau tidak. selain itu, kita boleh juga tekan dengan jari tapi dengan lembut, alah-alah punggung baby tekan CD tulah kononnyer.. hehehhe.. Kalau dah menyerap, jemur semula jer tuk keringkan dan boleh disimpan untuk kegunaan baby. Kalau tak menyerap lagi, sila buat prewash lagi. Kalau dah buat banyak kali tapi still tak menjadi, basuh CD tadi dengan air yang suam-suam kuku. Insya allah menyerap lah dia tak lama lagi.

Untuk CD yang telah digunakan; sekiranya ada poo-poo baby, buang semua poo-poo ke dalam tandas dan jirus CD sehingga bersih. Kalau nak senang, guna flushable nappy liner atau pun washable nappy liner. So tak lah kena pada CD tu. Lepas tu, just kumpul CD dalam baldi. sampai masa boleh cuci guna mesin basuh ataupun hand wash. Masa cuci CD tak boleh guna sabun biasa tu, kena guna yang khas untuk pakaian baby or kids. Ataupun beli sabun cuci yang termurah dipasaran. Janji bahan kimianya tak terlampau tinggi dan takde peluntur. kalau nak CD tahan, kena guna laundry net masa basuh dengan mesin basuh. Nak tahan lebih lama, jom basuh secara manual. hehehhe... 

dah siap basuh, as usual kena lah jemur. palaing elok dibawah cahaya matahari. Nak jemur dalam rumha pun tak apa actually. Tak menjadi masalah. Dah kering bolehlah angkat dan sediakan untuk kegunaan harian. 

Mudah dan senang gitu.. hehhehe



Yours Truly =)

1 Shopaholic Alert!!:

Used car for sale said...

tak sangka jumpe info macam ni. thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...